Sabtu, 08 September 2012

Y Allah Aku Jatuh Cinta


  • digg


  • 1
     
    Share
  • Sharebar
Tatkala hati mula disentuh dengan perkataan ‘PERUBAHAN’, banyak perkara yang bermain di fikiran. Jiwa yang sering dihimpit dengan pelbagai perkara membuatkan hati sentiasa mencari-cari punca hilangnya ketenangan dari jiwa. Dahulu, diriku sering kali bersemangat dalam semua perkara. Belajar, ziarah akhawat, dan yang paling penting, menjalankan amar makruf nahi mungkar.
Teringat kali pertama diri ini mula dapat berkenalan dengan seorang yang bernama ‘Dakwah’ dan seorang sahabat lagi bernama ‘Tarbiyyah’. Mereka berdua saling bersangkutan, saling berkaitan dan tidak pernah lupa untuk saling support each other. Bila Dakwah sakit, Tarbiyyah selalu menemani di sisi.
‘Mereka berdua diibaratkan seperti ais dan air. Dakwah seperti ais manakala tarbiyyah seperti air. Ais akan memenuhi ruang gelas apabila ia dimasukkan ke dalam gelas kosong tetapi masih terdapat ruang-ruang kosong dalam gelas tersebut. Dan ruang ini dipenuhi oleh air (tarbiyyah)’
Tapi, perasaan ‘PERUBAHAN’ itu kian hilang. Rasa seperti layang-layang yang tidak naik terbang tinggi kerana ketiadaan angin. Jiwa ini sentiasa mendambakan Allah di sisi. Sentiasa mengharapkan Allah.
Bila rasa tiada siapa yang mampu support diri, diri ini yang perlu bangun sendiri.
Bila rasa diri keseorangan, diri ini yang perlu mencari teman.
Tatkala merasakan jiwa meronta-ronta makanan, diri ini yang perlu gigih membeli makanan untuk kenyang.
Apabila merasakan tiada siapa yang mampu mendengar luahan hati, hanya ada Allah yang menanti.
~ ALLAH ~
Ya. Itulah peneman setiaku selama ini. ALLAH. Allah tak pernah toleh ke belakang seperti yang sahabat kita lakukan. Allah tak pernah tutup telinga tatkala kita nak bercerita panjang denganNya. Bila diri ini sakit, Allah datang bagi ubat. Allah adalah doktor yang terbaik di dunia ini. @T_T@
Hidup ini ibarat puzzle. Hilang satu serpihan, maka tak lengkap puzzle tersebut. Setiap perkara yang berlaku dalam hidup akan diminta pertanggungjawapan oleh Allah. Bayangkan puzzle yang dibeli di kedai, kemudian dengan rasa gembira, rasa bersemangat untuk menyiapkan puzzle tersebut dengan niat asalnya untuk menggantungkan puzzle tersebut di dinding rumah, tiba-tiba tidak cukup satu serpihan. Hidup rasa seakan-akan musnah tatkala hasrat tidak kesampaian. Serpihan puzzle itu dicari di merata-rata tempat. Tapi, masih tidak dijumpai.

Inilah hidup. Jika tiada salah satu, antara sahabat bernama Dakwah ataupun Tarbiyyah, hidup ini tidak akan lengkap dan akan merasai kekosongan. Perasaan perhambaan itu tiada. Perasaan cinta itu tidak wujud. Yang dicari hanyalah dunia. Dunia yang menjadi pilihan utama berbanding akhirat.
Alhamdulillah ~
Allah masih memberi peluang untuk ku bernafas menghirup udara bersama-sama sahabat bernama Dakwah dan Tarbiyyah. Walaupun kadang-kadang berlaku pergelutan antara kami, Allah masih mentakdirkan untuk kami bersama. Semoga kami kekal bersahabat hingga ke syurga. Insyaallah.
Subhanallah. Alhamdulillah.
Datang ke Bumi Ceska ini telah mematangkan ku lagi. Di sinilah aku belajar erti bertawakal pada Allah. Di sinilah aku belajar erti mencari cintaNya.
~ CINTA ~
Dahulu, bila disebut dengan perkataan CINTA, perkara pertama yang bermain di minda ialah cinta kepada ibu bapa, cinta kepada sahabat, cinta kepada guru, cinta pada kekasih, cinta pada guru.
Tapi, kini, perasaan ku mula bertukar. Mula mengenal cinta pada Allah, cinta pada Rasul, cinta pada Quran, cinta pada sirah, cinta pada dakwah dan tarbiyyah, cinta pada sahabat-sahabat. Tapi tidak lupa juga cinta keluarga sendiri kerana Allah. Semuanya kerana Dia.
~ Kerana ALLAH ~
2 elemen ini sangat penting bagi diriku.
- ALLAH
- CINTA (keranaNya)
Semoga diriku tidak akan pernah meninggalkan 2 perkara ini dalam hidupku. InsyaAllah. Semoga Allah mengangkatku, keluargaku, sahabatku, menuju redhaNya dunia akhirat.